malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
IGP arah siasat tweet ‘sweet deal’ dengan Najib
Diterbitkan:  Aug 23, 2016 6:27 PM
Dikemaskini: 10:40 AM
ADS

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar polis menyiasat seorang pengguna Twitter berhubung posting yang menyebut nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengguna Twitter 'Firamond' menulis: "Bodoh dan samseng. Selepas membuat perjanjian manis (sweet deal) dengan Najib, dia fikir dia lebih berkuasa daripada Agong."

‘Firamond’ juga menghubungkan tulisannya itu atau tag dengan Khalid serta presiden NGO pemantau jenayah, MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan.

“Sila kesan dan panggil tweet handle di bawah dan soal apa maksudnya dgn 'sweet deal',” tulis Khalid dalam tweet petang tadi.

Dalam tweet lebih awal, yang menghubungkan pejabat akhbar perdana menteri dan diri Najib sendiri, ‘Firamond’ berkata perdana menteri sedang mencari lebih banyak derma untuk menyelesaikan hutang 1MDB.

Beliau mengulas tweet pejabat akhbar perdana menteri mengenai pertemuan Najib dengan Dr Saad bin Nasser Al-Shathri, penasihat kerabat diraja Saudi di Putrajaya, hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen