malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
PKR lancar kempen perjelas isu DOJ di Kedah
Diterbitkan:  Aug 23, 2016 6:23 PM
Dikemaskini: 11:04 AM
ADS

PKR hari ini melancarkan kempen bagi menperjelaskan kepada rakyat Kedah terutamanya di kawasan luar bandar mengenai kes saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset bernilai RM4 billion yang dibeli di Amerika dengan dana dicuri dari 1MDB.

Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung dalam kenyataannya berkata, kempen tersebut bertujuan memberi pencerahan kepada ramai penduduk di kawasan luar bandar yang masih berada dalam 'kegelapan' berhubung isu tersebut.

"Adalah tidak cukup hanya mereka yang tinggal di bandar-bandar memahami kes DOJ tetapi seluruh negara, terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar perlu memahaminya.

"Ini kerana ia melibatkan skandal kewangan penipuan dan kecurian terbesar yang melanda Malaysia dengan melibatkan anggota kerajaan yang paling tinggi dalam negara kita sendiri," kata beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Kedah dalam kenyataan.

Antara aktiviti kempen itu, kata Gooi, ialah mengedarkan risalah 'Saman Fakta RM4 bilion Amerika' yang merupakan bingkisan 136 muka surat dokumen mahkamah DOJ untuk diagihkan di seluruh Kedah.

"Kami juga mencetak baju kemeja bertajuk 'Saya Bukan MO1' dan 'Saya Bersedia Selamatkan Malaysia' untuk dijual pada harga RM10 setiap satu," ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, pihaknya turut orang ramai agar melibatkan diri dengan mendaftar sebagai pengundi untuk menghentikan rasuah dan untuk menyelamatkan Malaysia, tambah beliau.

"Inilah yang kami rasa signifikan dengan sambutan 'Merdeka' dan Hari Malaysia yang akan datang dan berharap menimbulkan perasaan patriotisme rakyat dengan menghantar mesej yang kuat kepada parti pemerintah bahawa kita menolak rasuah dan salah guna kuasa," jelasnya lagi.

Sebagai program pertama dalam kempen tersebut, tambah Gooi, pihaknya mengadakan forum awam bertajuk 'Saya Bukan MO1' yang menampilkan beberapa ahli panel ternama, katanya.

"Rafizi Ramli, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Dr Ismail Salleh (Parti Pengerusi Amanah Kedah) akan menyertai forum itu pada 25 Ogos ini jam 8:30 malam di Alor Setar," jelasnya.

Lihat Komen