malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ku Nan: Pegarah DBKL terpalit rasuah seorang yang bagus
Diterbitkan:  Aug 17, 2016 12:49 PM
Dikemaskini: 5:07 AM
ADS

Seorang pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal minggu ini, adalah 'pegawai yang bagus' sehingga dinaikkan pangkat dua kali dalam tempoh setahun.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata lelaki itu dinaikkan pangkat kerana berdedikasi terhadap tugas dan seorang pembuat keputusan yang baik.

"Setakat yang saya tahu, pegawai itu ialah seorang pegawai yang bagus, komited dengan tugas dan penuh perhatian. Beliau berpindah dari Gred 54 ke Gred Khas C, dan kini beliau dalam Gred Khas B kerana beliau seorang yang bagus dan mempunyai potensi.

"Bagaimanapun, iaitu dia di tempat kerja ... apa yang dia lakukan selain daripada kerja, saya tidak tahu," katanya kepada New Straits Times.

Tengku Adnan berkata, beliau berharap SPRM akan melakukan siasatan sedalam-dalamnya mengenai kes berkenaan.

Beliau menasihatkan pegawai di kementeriannya dan lain- lain untuk tidak terlibat dalam rasuah dan hidup mengikut kemampuan mereka.

"Mereka perlu bekerja dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti," katanya sambil menambah kementeriannya tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati bersalah kerana jenayah rasuah.

Bagaimanapun, katanya, beliau mahu siasatan penuh dan adil dijalankan ke atas pegawai itu.

Tengku Adnan berkata, beliau berharap SPRM dapat mengetahui kebenaran kerana ada ketikanya pencapaian pegawai DBKL 'dicemburui rakan-rakan dan kontraktor'.

"Saya menggesa penjawat awam untuk tidak mempunyai niat yang tidak baik terhadap rakan-rakan mereka dan berhenti cemburu dengan kejayaan masing-masing. Mereka perlu bekerja bersama-sama untuk membangunkan negara dengan penuh integriti dan kehormatan," katanya.

Semalam, seorang pegawai kanan  DBKL ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Pegawai bergelar 'Datuk Seri' itu ditahan dalam operasi SPRM yang dijalankan serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Dalam serbuan itu, SPRM turut menggeledah rumah suspek, menyita kereta BMW dan dokumen daripada pejabatnya.

Lihat Komen