malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Firma China nafi harga projek naik bagi selamatkan 1MDB
Diterbitkan:  Aug 1, 2016 12:30 PM
Dikemaskini: 4:38 AM
ADS

Kontraktor utama China Communications Construction Company (CCCC) menafikan dakwaan wujudnya konspirasi untuk menaikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRP) bagi membantu kerajaan Malaysia secara rahsia membayar hutang 1MDB.

Menurut akhbar The Australian, CCCC berkata firma itu "tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung dakwaan dalam artikel mereka (Sarawak Report)."

"Kami akan terus memantau tuduhan palsu yang dibuat oleh media tertentu dan akan mengambil langkah-langkah perlu bagi mempertahankan hak kami yang sah," kata firma milik negara China itu kepada akhbar yang berpangkalan di Australia.

Firma itu mengulas laporan Sarawak Report bahawa projek ECRP yang akan dianugerahkan kepada CCCC dengan kos meningkat sebanyak RM60 bilion, daripada harga asal RM30 bilion.

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof juga telah menafikan dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen