malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiada keperluan PRN di Kelantan, kata Ahmad Yakob
Diterbitkan:  Jul 30, 2016 5:07 PM
Dikemaskini: 9:10 AM
ADS

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan tiada keperluan untuk negeri itu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Katanya, tidak ada bukti yang menunjukkan rakyat hilang kepercayaan terhadap PAS sehingga mereka perlu mengadakan PRN dalam masa yang terdekat lapor Sinar Harian.

“Tiada bukti rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan PAS di negeri ini sehingga kami terdesak untuk mengadakan PRN, lebih baik ikut bersama dengan negeri-negeri lain jika mahu buat pilihan raya.

“Mandat ini masih ada, kita sentiasa berusaha mengutamakan kesejahteraan rakyat, mungkin itu (PRN) dari segi politik sahaja. PAS masih melakukan kerja berterusan di negeri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menyarankan DUN Kelantan turut dibubar bagi memberi laluan PRN awal berikutan berlaku krisis krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PAS di negeri ini.

Selain itu kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.

Justeru Ahmad Jazlan menyeru kerajaan negeri Kelantan mengikuti jejak Pulau Pinang untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal demi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Ahmad Yakob yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata saranan Umno sama sekali tidak berasas kerana barisan Exco yang dilantik masih bekerja keras untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.

“Exco-Exco bekerja keras untuk menyempurnakan tugas masing-masing sebagaimana yang dijanjikan dahulu, masih terlalu awal untuk untuk PRN, malah kita perlu buat persiapan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lihat Komen