malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Wan Azizah ketua pembangkang, tegas Muhyiddin
ADS

Kemunculan bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penentang kerajaan telah mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih jawatan ketua pembangkang.

Bagaimanapun, ketika ditanya pada sidang akhbar sama ada ia akan kenyataan, Muhyiddin menegaskan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang duduk di sisinya dan berkata, "dia memang ketua pembangkang."

Ini adalah kemunculan pertama Muhyiddin dan Wan Azizah bersama-sama.

Kedua-dua mereka agak akrab hari ini dengan bekas timbalan perdana menteri itu memanggil ketua pembangkang itu "Kak Wan."

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim Khamis lalu secara terbuka menggesa Muhyiddin untuk memimpin pembangkang dengan berkata Pakatan Harapan tidak mempunyai seorang pemimpin untuk menyatukan mereka.

Muhyiddin kini dijangka mengetuai parti baru yang terdiri kebanyakannya daripada penentang Umno bagi menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti baru itu akan membentuk satu gabungan besar yang baru dengan parti-parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan.

Kedua-dua pihak kini bekerjasama dengan pemimpin masyarakat sivil atas kapasiti peribadi mereka sebagai sebahagian daripada gerakan Selamatkan Malaysia yang diterajui Mahathir.

Bagaimanapun, gabungan baru itu masih belum memberi impak yang besar dalam politik negara seperti yang dibuktikan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu.

Kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertembungan antara BN, PAS, dan AMANAH yang disokong oleh gerakan Selamatkan Malaysia.

Namun kemenangan besar berpihak kepada parti pemerintah walaupun Mahathir berkata pilihan raya itu menjadi satu referendum terhadap kepimpinan Najib.

Lihat Komen