malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KM: PP kena ada sikit hutang, boleh minta wang dari Najib
Diterbitkan:  Jul 30, 2016 9:56 AM
Dikemaskini: 2:03 AM
ADS

Rizab kerajaan Pulau Pinang berjumlah RM1.5 bilion adalah jauh melebihi hutangnya kepada kerajaan persekutuan sebanyak RM69 juta sahaja, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Walaupun kerajaan negeri boleh membayar hutang kepada Putrajaya, tetapi kata Lim, ia "kena ada sikit hutang".

"Saya sekarang boleh angkat telefon kepada pegawai kewangan negeri, dan kata "Datuk malam ni tekan mesin ATM, bayar sama kerajaan pusat'.

"Tapi kita kena simpan sikit hutang supaya kita bole minta wang dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya berseloroh di majlis makan malam untuk mengutip derma di Kuala Lumpur malam tadi.

Katanya, jika Pulau Pinang tidak ada hutang, maka kerajaan akan mengganggap ia sudah senang dan tidak memerlukan lagi wang.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Parlimen pada 31 Disember 2015, kerajaan negeri dengan hutang tertinggi adalah Pahang, yang berhutang RM2.9 bilion kepada Putrajaya.

Pinjaman kerajaan persekutuan kepada pinjaman negeri adalah bertujuan untuk membiayai pembangunan infrastruktur asas seperti bekalan air, perumahan kos rendah, industri dan projek-projek lain

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen