malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
‘Jangan jack tinggi sangat, nanti terbalik kereta’
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 6:57 PM
Dikemaskini: 11:00 AM
ADS

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad hari ini menasihatkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun supaya tidak terlalu terlalu mengampu sehingga membawa rebah.

Beliau merujuk laporan polis Khairul yang mendakwa konspirasi peringkat tinggi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Kalau pun hendak mengampu jangan terlajak sangat.

“Kalau hendak jack tayar kereta, jangan jack tinggi sangat, nanti terbalik kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam laporannya, Khairul menamakan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau menuduh ketiga-tiga mereka memberi maklumat sulit kepada agensi asing dan amerika Syarikat, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Khairul juga mendakwa bahawa beberapa dokumen yang dikemukakan adalah palsu dan maklumat berkenaan diputar-belitkan untuk mencapai agenda mereka.

Bagaimanapun, Idris berkata, dakwaan yang dibuat itu menjadikan negara sebagai bahan lawak antarabangsa.

“Kenapa perlu jolok sarang tebuan?

“Mereka pegawai kerajaan, apabila berhenti daripada berkhidmat hendak bermain dengan anak cucu sahaja. Tidak mahu berserabut dengan masalah lain.

“Tiba-tiba tuduhan terhadap mereka dibuat. Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi tanda tanya di kalangan rakyat,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen