malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Timbalan menteri mahu MB mohon maaf kepada Najib
Diterbitkan:  Jul 26, 2016 3:19 PM
Dikemaskini: 8:19 AM
ADS

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menuntut supaya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali segera meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Razak kerana kenyataannya yang mahu perdana menteri mengaku peranannya dalam dakwaan skandal 1MDB tetapi membisu mengenai tuduhan rasuah terhadap seorang pemimpin pembangkang.

Katanya, kenyataan Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR itu adalah menjelekkan dan bersifat 'double standard'.

“Saya menggesa agar Azmin Ali segera menarik semula kenyataan media beliau bertarikh 21 Julai lalu dan memohon maaf serta menyatakan kekesalan beliau secara terbuka kepada perdana menteri dengan kadar yang segera,” katanya dalam Facebook hari ini.

Azmin, menersui kenyataan Khamis lalu, berkata, Najib perlu berterus terang mengenai pembabitannya dengan 1MDB, kerana perkara itu sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

“Kenyataan media oleh Azmin dianggap sebagai menjelekkan dan bersifat 'double standard'.

“Rakan pembangkang Azmin, Lim Guan Eng dari parti DAP secara jelas telah didakwa di mahkamah pada 30 Jun lalu atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

“Malahan, tidak ada satupun kenyataan yang Azmin keluarkan untuk menuntut supaya Lim tampil ke hadapan dan mengaku akan kesalahannya seperti mana yang beliau lakukan terhadap Najib yang dipilih melalui sistem demokrasi,” katanya.

Hujahnya, jika Azmin benar-benar mengutamakan keadilan, tidak prejudis, dan ikhlas, sudah tentunya beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan media terhadap Najib pada kenyataan 21 Julai lalu yang mencadangkan bahawa wujud konspirasi untuk menutup skandal membabitkan 1MDB tetapi berdiam diri berhudung dakwaan ke atas Lim.

Ab Aziz yang juga adalah anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pemfailan pelucutan hak aset oleh DOJ seperti yang dijelaskan oleh Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch bukannya prosiding jenayah terhadap mana-mana 'individu' tetapi ke atas hasil keuntungan filem yang diterbitkan oleh sebuah syarikat di negara itu.

Dan katanya, mereka yang dinamakan dalam saman itu, hanya adalah anak tiri Najib, Riza Aziz, hartawan kontroversi Jho Low dan dua pegawai dari Aabar Investment PJS sambil menegaskan sekali lagi bahawa nama Naib tidak pernah disebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen