malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bukan saya lukis atau muat naik karikatur 'dedak' - Kor Ming
ADS

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengulangi bahawa beliau tidak melukis atau memuat naik karikatur 'dedak' dalam apa yang didakwa sebagai akaun Facebook miliknya mengenai ucapan kontroversi hari raya Aidilfitri.

Beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang ini dalam sesi soal siasat yang berlangsung selama dua jam.

Nga disiasat di bawah Akta Hasutan dan juga Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang menyatakan 'mengeluarkan kata-kata... dengan sengaja berniat untuk mengguris perasaan dalam hal keagamaan seseorang'.

Beliau tiba di Bukit Aman pada jam 2.15 petang dengan beberapa penyokong termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan bekas exco Selangor, Ronnie Liu.

Sejurus tiba, Nga membaca kenyataan menegaskan beliau tidak "melukis atau memuat naik " karikatur kontroversi berkenaan dan menggesa semua untuk menghormati polis yang menjalankan siasatan mengenainya.

Nga diiringi oleh Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang bertindak selaku peguamnya.

Selepas selesai sesi soal siasat itu, Nga berjalan keluar dari ibu pejabat polis berkenaan tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut selain mengatakan beliau bukan pemilik akaun Facebook berkenaan.

"Mereka bertanya apa yang berkaitan dan saya telah menjawab apa yang berkaitan. Oleh kerana siasatan masih berjalan, saya tidak akan mengulas lanjut.

"Saya tidak tahu (pemilik akaun Facebook itu), biarlah polis siasat. Tetapi yang pasti, ia bukan milik saya," ujarnya.

Tambah Nga, polis bertindak secara profesional dalam sesi soal siasat berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen