malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Lepas singkir Anwar, Mahathir ketua umum baru'
Diterbitkan:  Jul 18, 2016 1:01 PM
Dikemaskini: 7:45 AM
ADS

Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap lahirnya sebuah gabungan baru parti-parti pembangkang menandakan penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua de-facto pembangkang, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.

Tan berkata bekas perdana menteri itu berjaya menggulingkan Anwar buat kali kedua selepas bertindak sama ke atas pemimpin nombor dua negara itu pada tahun 1998, sebelum memecat Anwar daripada BN.

"Selepas 18 tahun, nampaknya pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir sekali lagi membawa penyingkiran Anwar, tetapi kali ini sebagai de facto pemimpin pembangkang," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

"Pemuda Gerakan mengalu-alukan pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir dan tindakannya bakal menggantikan Anwar sebagai pemimpin de facto pembangkang."

Katanya, gabungan Mahathir, dan juga baru-baru ini pembentukan Gabungan Rakyat Saksama adalah tanda-tanda jelas bahawa rakyat telah hilang kepercayaan terhadap pakatan pembangkang Pakatan Harapan.

Menyambut baik langkah bekas perdana menteri itu sebagai demokratik, Tan menggesa gabungan baru itu supaya menetapkan satu standard baru untuk pembangkang di negara ini.

"Negara kita memerlukan pembangkang yang membina, bukannya pembangkang yang merosakkan seperti pada masa lalu," katanya.

Mahathir mengumumkan pembentukan sebuah parti baru dan gabungan besar pembangkang selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil di Putrajaya Khamis lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen