malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ketua audit negara jadi saksi kes 'info sulit' Rafizi
ADS

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dijangka memberikan keterangan dalam kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1977 dalam kes pertuduhan terhadap anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar berkata, Ambrin antara tiga saksi dipanggil antara 25 hingga 27 Julai depan, apabila perbicaraan bersambung.

Ambrin sepatutnya memberi keterangan semalam tetapi tarikh perbicaraan telah dilapangkan, kata Shukor lagi.

Bercakap kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Shukor berkata Ambrin tidak dapat dipanggil hari ini kerana perbicaraan hanya dijadualkan pada jam 2 petang dan sudah tentu tidak cukup masa.

Rafizi dituduh dengan salah memiliki satu halaman daripada laporan audit Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB dan mendedahkan tanpa kebenaran.

Beliau didakwa bawah 8 April bawah Seksyen 8(1)(c)(iii) dan 8(1)(c)(iv) OSA.

Rafizi, yang juga naib presiden PKR, dituduh melakukan kesalahan itu dalam sidang media di parlimen pada 28 Mac.

Dokumen bocor itu cuba menyatakan kaitan antara 1MDB dan sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Bagaimanapun, oleh kerana kandungannya berstatus rahsia rasmi, ia tidak dapat dilaporkan media, walaupun disebut dalam prosiding mahkamah.

Saksi pertama pendakwaan, Timbalan Pengarah Jabatan Audit Nor Salwani Muhammad sebelum ini memberi keterangan bahawa Amrin mengetuai audit dan mengelaskan laporan itu sebagai rahsia pada 22 Januari.

Lihat Komen