malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kafir harbi: G25 samakan dakwaan mufti Pahang dengan IS
Diterbitkan:  Jun 29, 2016 3:19 PM
Dikemaskini: 7:23 AM
ADS

Kumpulan elit Melayu, G25 mengibaratkan tindakan mufti Pahang yang menuduh orang bukan Islam sebagai kafir harbi adalah sama seperti seruan kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk mencetuskan keganasan atas alasan agama.

Dalam satu kenyataan hari ini, G25 menyatakan IS telah menggunakan alasan agama untuk merampas kuasa dan menubuhkan sistem kerajaan tersendiri berlandaskan fahaman pelampau Islam.

"Menurut kumpulan ini (IS), adalah dibenarkan untuk menumpahkan darah (membunuh) orang bukan Islam atau mereka yang berbeza pandangan mengenai Islam.

"Fahaman ini sangat bahaya kepada negara kita yang berbilang kaum dan agama. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan keras mengenai perkara ini," kata G25.

Pada Jumaat yang lalu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman telah melabel DAP sebagai kafir harbi, yakni istilah bagi orang bukan Islam yang memerangi Islam dan oleh itu, diwajarkan untuk dibunuh.

Pada masa yang sama, Abdul Rahman turut menyatakan adalah berdosa besar untuk bekerjasama dengan parti yang lantang menentang pelaksanaan hukum hudud.

Mengulas lanjut, G25 berkata, DAP adalah parti politik yang berdaftar secara sah dan tindakan melabelkannya sebagai kafir harbi disifatkan sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

"Adalah pelik apabila dakwaan seperti itu datang daripada individu yang berkedudukan tinggi bergelar mufti," tambah kumpulan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen