malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahathir terus perlekeh kemenangan 'besar' BN
Diterbitkan:  Jun 27, 2016 5:43 PM
Dikemaskini: 10:45 AM
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad terus memperlekehkan kemenangan berkembar pilihan raya kecil BN pada 5 Jun lalu.

Katanya, majoriti yang didakwa besar dan dibangga-banggkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak dan pemimpin BN itu sebenarnya tidaklah sebesar mana jika semua undi pembangkang diambil kira.

“Laporan akhbar mendawa beliau (Najib) menang dengan 6,969 undi di Kuala Kangsar dan 9,191 undi di Sungai Besar.

“Sebenarnya majoriti adalah jauh lebih kecil kerana 10,621 undi pergi kepada pihak lawan yang bertanding di Kuala Kangsar jadi majoriti BN hanya 2,032.

“Di Sungai Besar, majoritinya hanya 2,289 dan bukannya 9,191 kerana pihak lain mendapat 14,511 manakala BN memenangi 16,800,” kaytanya dalam tulis terbaru di blognya.

Menurut Dr Mahathir, memandangkan BN membekalkan beras, barangan elektrik, wang dan menurap jalan serta berjanji untuk membina jambatan bernilai jutaan ringgit, manakala AMANAH sebuah parti baru yang miskin, maka prestasi parti serpihan PAS itu wajar dipuji.

Bekas perdana menteri itu juga membidas PAS atas kejayaannya memecahkan undi Melayu, sekali gus membantu kemenangan BN, walaupun jumlah undi yang dikutipnya lebih rendah berbanding AMANAH di Sungai Besar.

Pada pilihan raya kecil itu, Mahathir berkempen untuk calon AMANAH bersama-sama dengan pemimpin DAP dan PKR.

“Taktik yang digunakan oleh BN untuk menang benar-benar bukan sesuatu untuk dibanggakan sama sekali.

“Bagi pengundi Cina, mereka tidak kembali kepada BN,” katanya.

Menurutnya, jumlah masyarakat Cina yang keluar adalah jauh lebuh kecil berbanding purata yang keluar mengundi dalam kedua-dua kawasan pilihan raya, menunjukkan bahawa mereka setuju dengan idea MCA bahawa pilihan raya itu adalah rebutan kerusi bagi masyarakat Melayu.

Mahathir berkata ini di sebalik, habuan yang ditawarkan kepada mereka oleh BN.

Lihat Komen