malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M mampu lahirkan M'sia baru, kata Zaid
Diterbitkan:  Jun 27, 2016 2:45 PM
Dikemaskini: 7:00 AM
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam kedudukan yang sesuai untuk membawa kepada pembentukan Malaysia yang baru, kata Datuk Zaid Ibrahim.

Kata bekas menteri Umno itu, Mahathir perlu memujuk orang Melayu supaya membentuk 'kuasa pakatan pembangkang yang sebenar' serta menghimpunkan pembangkang yang sedia ada untuk bersatu bagi tujuan yang lebih besar daripada sekadar menjatuhkan BN.

"Mahathir kini mempunyai peluang terbaik untuk melahirkan Malaysia baru, jika beliau benar-benar mahu rakyat Malaysia untuk hidup bersama-sama dengan gembira, sama rata dan menjadi negara demokrasi yang makmur dan liberal seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020," kata Zaid dalam entri blognya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak percaya ramai akan menyertai pembangkang baru ini.

"Jika, seperti yang saya syaki, tidak akan ada ramai pengikut, maka Mahathir dan sekutu-sekutunya perlu bersedia untuk melakukannya secara sendirian kerana prinsip ini merangkumi maksud pembangkang yang sebenar.

"Ia tidak hanya menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak atau hanya rasuah tetapi cuba mengubah struktur asas dan ciri-ciri negara ini agar kita tidak menjadi sebuah negara korup Taliban," ujar Zaid.

Pembangkang baru, tambah Zaid, harus berpaksikan prinsip-prinsip utama seperti:

  • Malaysia yang demokratik dan penolakan dalam apa jua cadangan berhubung negara agama;
  • Sistem perundangan yang adil, tanpa tahanan dan kerahsiaan pencegahan untuk melindungi rasuah;
  • Menamatkan politik kebencian dan pengharaman diskriminasi kaum dan agama;
  • Penubuhan suruhanjaya pilihan raya, polis dan agensi-agensi penguatkuasaan yang bebas;
  • Sebuah kerajaan telus yang membasmi rasuah;
  • Menyerlahkan bayangan kabinet pembangkang yang membentangkan dasar-dasar alternatif dan bukannya sibuk mencari salah BN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen