malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas pegawai tentera saman agong isu gaji
ADS

Seorang bekas pegawai tentera menyaman Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan kerana didakwa bersubahat menjatuhkan maruah angkatan tentera dengan pemotongan gaji pegawai-pegawainya.

Ini adalah tuntutan mahkamah kali keenam oleh bekas pegawai tentera Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff selepas mahkamah menolak tuntutan beliau sebelum ini pada tahun 1995, 2001, 2007, 2012, dan 2015.

Bagaimanapun, ini adalah kali pertama beliau menamakan agong dalam samannya, dan beliau bertindak sendiri serta mengaku tidak mewakili 403 pegawai lain.

Bercakap kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur apabila memfailkan samannya pagi ini, Tengku Zainal menjelaskan bahawa salah satu isu dibangkitkan adalah status pegawai kadet.

"Daripada saman pertama hingga hari ini, semua hakim enggan membuat keputusan mengenai sama ada pegawai kadet adalah pegawai atau bukan pegawai. Kami tidak mempunyai pilihan tetapi tetap failkan.

""Mereka akan mengatakan bahawa ia adalah res judicata (perkara itu telah diputuskan oleh mahkamah), mereka akan berkata terdapat had tempoh, dan mereka akan mengatakan segala-galanya, tetapi saya - pada tahun 1980 - Saya beritahu (ketika itu perdana menteri) Tun Hussein Onn perkara ini dalam kabinet kerana kesilapan yang datang dari kabinet mesti kembali kepada kabinet," katanya.

"Oleh itu, dari tahun 1980 hingga ke hari ini, mereka tidak membuat sebarang usaha untuk membawa perkara ini ke kabinet dan perkara itu masih tergantung," katanya.

Beliau menambah lebih ramai pegawai daripada 403 pegawai akan memfailkan saman berasingan di seluruh negara.

Mereka yang dinamakan dalam saman itu ialah Tunku Abdul Halim Tunku Badlishah, yang juga sultan Kedah dan raja yang memerintah semasa, perdana menteri, ketua setiausaha kerajaan, ketua angkatan tentera dan kerajaan.

Tengku Zainal ialah plaintif tunggal saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Menurut pernyataan tuntutan, pertikaian itu berpunca daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dilantik pada tahun 1963 untuk mengkaji semula skala gaji perkhidmatan awam, kecuali Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan angkatan tentera.

Beliau mendakwa angkatan tentera terus diketepikan sehingga tahun 1971, apabila perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak Hussein mencadangkan kepada plaintif pertama untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi mengkaji skala gaji angkatan tentera.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen