malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pelajar biasiswa JPA mohon bantuan Najib untuk belajar di luar negara
ADS

Sekumpulan pelajar meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menimbang semula pembatalan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak awal tahun ini semasa Bajet 2016 dikaji semula.

Justine Jason Barnabas, 20, berkata dia telah menyampaikan cadangan balas itu semasa sesi 10 minit dengan Najib, yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun lalu.

Malah, katanya, beliau juga sudah menulis surat bertarikh 1 Jun, kepada perdana menteri.

Dalam surat itu, Justine merayu kepada Najib untuk mempertimbangkan supaya Program Universiti Terkemuka atau Program Liga Ivy dan Setara disambung semula serta tajaan kepada
30 pelajar untuk belajar di 10 universiti terbaik di dunia.

Program Liga Ivy dan Setara adalah program biasiswa JPA yang dibatalkan kerajaan pada tahun 2012, dan Justine mendakwa bantuan kerajaan secara beransur-ansur dibuka semula berikutan rayuan pelajar.

Pada sidang media yang diadakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Justine mendakwa bahawa beliau membuat rayuan bagi pihak 150 penerima biasiswa yang tidak mahu melepaskan peluang untuk belajar di luar negara.

"Apabila beliau (Najib) baca cadangan itu, katanya, terdapat banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan.

"Beliau kata dirinya tidak boleh membuat keputusan ketika itu dan perlu merujuk kepada penasihat," kata Justine.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen