malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib umum rombakan kabinet petang ini
Diterbitkan:  Jun 27, 2016 12:18 PM
Dikemaskini: 4:43 AM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan rombakan kabinet hari ini.

Pihak media mendapat jemputan satu sidang media khas akan diadakan di pejabat perdana menteri di Putrajaya jam 3.15 petang.

Ini merupakan kali ketiga Najib merombak kabinetnya.

Rombakan kali ini dibuat dua hari selepas Umno memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti itu.

Rombakan kabinet itu dijangka bagi mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Ini termasuk dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen