malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Spekulasi Amiruddin letak jawatan ketua pembangkang Kedah
ADS

Datuk Amiruddin Hamzah - ketua pembangkang di Kedah - telah meletakkan jawatan sebagai ketua PAS Kuala Kedah.

Amiruddin enggan memberikan sebarang sebab beliau meletakkan jawatan tersebut.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Amiruddin juga akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di negeri itu tidak lama lagi.

Dipercayai beliau tidak gembira dengan perkembangan terkini dalam PAS, yang baru-baru ini mengumumkan pemecatan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa kerana mengkritik parti itu secara terbuka.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau meletak jawatan ketua PAS Kuala Kedah kerana kes Husam, Amiruddin hanya berkata: "Tidak".

Ditanya sama ada beliau juga akan meletak melepaskan jawatan ketua pembangkang di negeri itu, Amiruddin menjawab: "Sila rujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan."

Dalam satu kenyataan ringkas, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata parti itu mengambil maklum keputusan Amiruddin untuk meletak jawatan itu.

Ahmad mendakwa, ADUN Anak Bukit ituakan kekal sebagai ketua pembangkang di negeri itu, jawatan yang disandangnya sejak tahun 2013, selepas BN berjaya menawan semula negeri itu daripada PAS.

Ahmad berkata Amiruddin juga akan terus kekal sebagai pengerusi Kompleks Pembangunan PAS Kedah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen