malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gabungan Umno-PAS boleh menang PRU, kata Zam
ADS

Jika Umno dan PAS membentuk pakatan, ada kemungkinan besar mereka akan memenangi pilihan raya umum akan datang, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

"Umno boleh memenangi pilihan raya apabila mereka bergabung dengan PAS, apabila mereka bergabung (untuk) perpaduan Melayu," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran bukunya 'Saya Bukan Menteri: Memoir Wartawan Negara' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Serdang hari ini.

Beliau berkata sekiranya kedua-dua parti politik itu bergabung tenaga ia akan meningkatkan peluang parti berkenaan kerana "Melayu bimbang tentang survival mereka".

Walaupun merupakan musuh tradisi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil dengan lebih mesra antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Najib melanjutkan perdamaian kepada PAS pada Perhimpunan Agung Umno ke-69 Disember tahun lalu, yang telah diterima baik oleh Hadi.

Kedua-dua pemimpin itu berkongsi pentas yang sama pada satu persidangan di Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lepas.

PAS tidak lagi bergabung dalam pakatan pembangkang- Pakatan Harapan kerana tiada persefahaman dengan DAP.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian pimpinannya keluar parti untuk membentuk parti serpihan Parti Amanah Negara (AMANAH).

PKR, DAP dan AMANAH kemudian membentuk gabungan baru dikenali Pakatan Harapan.

Lihat Komen