malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
1MDB hormati sepenuhnya kuasa dan keputusan BNM
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 5:59 AM
Dikemaskini: 10:40 PM
ADS

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyatakan ia menghormati sepenuhnya kuasa dan keputusan Bank Negara Malaysia yang mengesahkan penamatan siasatan ke atas IMDB dan pengenaan kompaun pentadbiran kerana kegagalan mematuhi arahan tertentu.

"1MDB menghormati sepenuhnya kuasa dan keputusan BNM dalam perkara ini. Pembayaran kompaun itu akan dibuat pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan," kata syarikat milik kerajaan itu dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, kata BNM dalam satu kenyataan.

Bank pusat itu berkata 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.

1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun tersebut.

- Bernama

Lihat Komen