malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MCA: Gereja harus ingatkan Lim 'cakap serupa bikin'
Diterbitkan:  Apr 28, 2016 5:37 PM
Dikemaskini: 9:46 AM
ADS

Berbeza dengan gesaan Lim Guan Eng agar gereja menjadi ejen perubahan, seorang pemimpin MCA berkata gereja sepatutnya menasihati ketua menteri Pulau Pinang itu agar 'cakap serupa bikin'.

Ti Lian Ker mengulas kenyataan Lim yang dilapor mencabar gereja untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA itu berkata, Lim hendaklah terlebih dahulu membersihkan dakwaan "rasuah" berkenaan pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran sebelum bercakap mengenai rasuah di peringkat lebih tinggi.

Ti mendakwa Setiausaha Agung DAP itu kehilangan moral untuk menasihati pemimpin mengenai peranan mereka dalam memerangi rasuah.

"Sebaliknya ia harus berlaku sebaliknya. Gereja-gereja harus mengingatkan Lim untuk membuktikan keikhlasan dan mengikut semangat CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan).

"Ya, Alkitab dan semua kitab suci yang lain mengajar kita untuk tidak bertolak ansur atau membiarkan rasuah. Pegawai awam yang dianggap mendapat 'manfaat' dari pejabat mereka telah melanggar garis halus rasuah khususnya, dengan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

"Jika Lim mahu mengheret nama atau institusi ketuhanan, dia mesti datang dengan tangan yang bersih dan tidak menghina kesucian agama dan institusi agama dengan berusaha memerangkap mereka dalam politik kepartian berat sebelah dalam apa jua nama," ujarnya.

Menurutnya, Deklarasi Rakyat adalah sebuah gerakan politik yang dipelopori ahli politik dahulu dan sekarang dengan mempunyai agenda tertentu.

Lim sebelum ini menafikan sebarang unsur rasuah dalam pembelian banglo itu dan perkara itu masih disiasat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen