malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Hanya dilarang dua negara, banyak lagi sambut Zakir'
ADS

Pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik mungkin diharamkan daripada memasuki Kanada dan United Kingdom tetapi beliau dialu-alukan di banyak negara lain termasuk Malaysia, kata penganjur program syarahannya.

Pengarah program Hidayah Centre Foundation Abu Shariz Sharajoon Hoda pada sidang akhbar di Kuala Lumpur berkata "Hal ehwal negara lain tiada kaitan dengan Malaysia".

"Kita adalah sebuah negara yang berdaulat dan ini adalah Malaysia, Alhamdulillah. Warga Malaysia sangat mengalu-alukan Zakir dan kita dapat melihat semua orang gembira.

"Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan kita harus menghormati undang-undang negara kita," katanya ketika diminta mengulas mengenai pengharaman negara-negara lain terhadap Zakir.

Zakir dilapor dilarang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu. Beliau juga dihalang daripada memasuki United Kingdom.

Shariz juga berkata jemputan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah perlembagaan persekutuan.

"Selain itu, keputusan atau hal ehwal negara lain tiada kaitan dengan kami.

"Jika anda menyebut secara logik, kedua-dua negara mengharamkan beliau, maka mungkin terdapat 200 negara yang tidak mengharamkannya," katanya.

Shariz juga berkata rakyat Malaysia tidak boleh terlalu peduli tentang hal-ehwal negara lain kerana ia tidak mempunyai sebarang kesan ke atas mereka.

"Untuk maklumat anda, Zakir mempunyai lebih daripada 4,000 jemputan rasmi di seluruh dunia, jemput beliau untuk datang dan beri ceramah, dan jika dia pergi ke setiap ceramah setiap hari, ia akan mengambil masa selama 12 tahun untuk melengkapkan satu pusingan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen