malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Portal berita dinasihat bertanggungjawab
ADS

Kerajaan mengingatkan sesebuah portal berita dan laman web tetap tidak terlepas daripada kawalan undang-undang walaupun mereka menyatakan tidak bertanggungjawab terhadap komen dan kenyataan pembaca yang disiarkan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, sesebuah portal tetap perlu bertanggungjawab atas penyebaran bahan yang dianggap unsur fitnah dan mencetuskan perbalahan mana-mana pihak.

Kata Jailani, mana-mana pihak yang menyiarkan kenyataan bersifat menghina atau mengeruhkan keadaan tetap boleh berdepan tindakan undang-undang.

“Saya nasihatkan kepada mereka di luar sana, kalau keluarkan sebarang kenyataan harus bertanggungjawab.

“Pihak yang menyiarkan kandungan tidak bertanggungjawab, bersifat menghina dan mengeruhkan keadaan pula akan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan SKMM,”katanya kepada media selepas pelancaran musim terbaru siri Gerak Khas 2016 di Hulu Klang semalam.

Bagaimanapun, Jailani tidak menyatakan nama portal berita yang dimasudkannya itu.

Menurut beliau, kerajaan tidak mahu mana-mana pihak menyiarkan berita yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Lihat Komen