malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kadar levi baru pekerja asing ditangguh
Diterbitkan:  Feb 11, 2016 5:22 PM
Dikemaskini: 9:23 AM
ADS

Pelaksanaan kadar levi baharu pekerja asing ditangguhkan sehingga pertemuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak industri dijalankan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dilapor berkata demikian dalam perkhidmatan berita pantas Bernama sebentar tadi.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan berkuat kuasa 1 Februari, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dinaikkan kepada RM2,500 bagi seorang manakala sektor perladangan dan pertanian bertambah kepada RM1,500 seorang.

Menurut statistik, terdapat 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia.

Lihat Komen