malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sirul di video: Ada cuba guna saya jatuhkan seseorang
Diterbitkan:  Jan 21, 2016 6:26 PM
Dikemaskini: 10:28 AM
ADS

Sebuah video yang dikatakan adalah rakaman oleh bekas komando polis Sirul Azhar Umar kini muncul di mana dia mendakwa ada pihak tertentu dan media cuba menggunakan dirinya untuk "menjatuhkan dan menfitnah" seorang individu yang tidak dinamakan.

Dalam video itu yang diperolehi oleh Malaysiakini melalui sumber yang enggan dikenali, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya sebelum ini bahawa ada pihak yang tidak dinamakan cuba untuk menggunakan dirinya untuk meneruskan agenda mereka.

"Saya ingin jelaskan dan huraikan kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam saya di Kuala Lumpur baru-baru ini," kata bekas anggota polis itu yang kini ditahan di pusat tahanan imigresen di Australia.

"Selepas sahaja kenyataan dibuat beberapa hari selepas itu, masih lagi terdapat sebilangan pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan menghubungi saya di sini," katanya lagi dalam nada yang tenang dalam rakaman itu yang dipercayai dibuat melalui telefon bimbit.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak berminat langsung untuk membuat sebarang kenyataan lagi selepas ini," katanya.

Merujuk kenyataan awal oleh peguamnya bahawa pihak-pihak tertentu cuba untuk menggunakannya untuk melanjutkan agenda mereka, Sirul berkata dia tidak lagi mempunyai masa untuk melayan karenah itu kerana sibuk dengan permohonan suaka di Australia.

"Seperti yang kita tahu, peguam saya Kamarul Hisham Kamaruddin sendiri telah berkata, terdapat beberapa proses tertentu, termasuk imigresen dan undang-undang yang sedang berlangsung di sini yang perlu saya tumpukan.

"Oleh itu, saya berhasrat mahu memberi tumpuan masa dan tenaga saya sepenuhnya supaya dapat menetap di sini, dalam permohonan untuk menetap di sini," katanya.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan menarik balik pembebasannya dan mengarahkannya dan seorang lagi bekas komando polis Azilah Hadri ke tali gantung kerana membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Undang-undang Australia melarang penghantaran mereka yang menghadapi hukuman mati pulang ke negara asal.

Dalam video itu, Sirul juga mendedahkan bahawa beberapa media juga cuba untuk menggunakannya.

"Sebelum ini, kita sedia maklum peranan media telah memainkan peranan masing-masing (untuk membuat liputan kes saya).

“Tidak kurang juga ada media tertentu telah memainkan peranan yang tidak begitu menyenangkan,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen