malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PKR akan lapor polis edaran Selangorkini palsu
ADS

PKR akan membuat laporan polis berhubung dakwaan sabotaj selepas pengedaran akhbar palsu Selangorkini di Kongres Nasional parti itu ke-11 hari ini.

Selangorkini yang asli adalah akhbar milik kerajaan Selangor.

"Kami akan buat laporan polis berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat ini.

"Mungkin esok, kita akan maklumkan," kata Naib Presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada Malaysiakini .

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan di kongres tersebut, Shamsul menyifatkan kandungan bahagian dalam akhbar palsu itu "menjijikkan dan banyak fitnah".

MP Bukit Katil itu berkata pengedaran akhbar palsu dikesan sewaktu perwakilan mula memenuhi dewan persidangan kongres sekitar jam 8.00 pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, petugas persidangan parti tersebut berjaya merampas semua akhbar yang diedarkan itu.

Beliau mendakwa Umno di sebalik dakwaan sabotaj itu tetapi beliau tidak mengemukakan bukti mengenainya.

"Itu jelas membuktikan parti kita semakin kuat dan akan berhadapan dengan Umno-BN pada pilihan raya akan datang," katanya.

Lihat Komen