malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zahid berseloroh, harap tiada ‘terjunkan’ KJ dari politik
ADS

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid melahirkan harapan agar tidak ada siapa yang akan cuba untuk menyingkirkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar daripada politik.

“Saya harap tidak ada sesiapa yang menerjunkan beliau dalam bidang politik,” kata secara berseloroh.

Bercakap pada majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu, Jabatan Sukarealawan Malaysia (RELA) kepada pemimpun muda di bawah Kesatria Muda Keselamatan (KMK) di Kuala Lumpur, Zahid juga memuji Khairy yang katanya telah membuktikan bahawa dia bukan seorang pegawai kehormat semata-mata.

“Beliau adalah pegawai yang ditauliahkan dalam bidang, beliau sendiri telah mengikuti kursus

beliau sanggup terjun daripada ketinggian yang tertentu,” kata Zahid, mengulas mengenai latihan yang terpaksa dilalui sebelum ditauliahkan.

Khairy menyertai pasukan sukarealawan simpanan negara itu dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai kolonel.

Sementara itu, Zahid juga berharap petugas media juga akan menyertai RELA.

“Saya akan meminta Brig Jen Fadzlette Othman Merican (Setiausaha Akhbar Zahid) untuk meastikan supaya rakan-rakan media juga jadi anggota RELA.

“Wujudkan briged media, bila bertugas untuk RELA, mereka pakai uniform RELA, bagi nampak lebih segak,” katanya.

Beliau juga berseloroh bahawa mereka yang yang indeks jisim badan (BMI) tidak seperti yang sepatutnya akan diberi pakaian seragam ‘khas’.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen