malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PKR: Wakil DAP boleh undi ikut suara hati di S'gor
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 9:08 AM
ADS

Wakil rakyat DAP bebas mengundi mengikut suara hati mereka berhubung perkara yang melibatkan kepentingan umum dalam kerajaan Selangor yang diketuai PKR, kata Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan ADUN Datuk Johari Abdul.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan lima ADUN PKR yang mencetuskan kontroversi apabila berkecuali daripada mengundi satu usul di sidang DUN Pulau Pinang.

Dalam usul itu, pembangkang mahu kerajaan negeri menjalankan kajian komprehensif dan mengadakan pendengaran awam terlebih dahulu sebelum projek penambakan laut di negeri itu diluluskan.

Usul tersebut gagal mendapat sokongan yang diperlukan (sekurang-kurangnya 21 daripada 40).

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang mengetuai kerajaan diketuai DAP kecewa dengan tindakan lima wakil rakyat itu. ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu juga menyokong usul tersebut.

Beliau bagaimanapun memohon maaf di atas kesilapannya dan meletakkan jawatan sebagai setiausaha organisasi negeri.

Lima ADUN itu ialah ketua whip Ong Chin Wen (Bukit Tengah), T Jayabalan (Batu Uban), Lee Khai Loon (Machang Bubok), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Norlela Ariffin (Penanti).

Johari berkata mengundi mengikut suara hati adalah cara untuk mencapai demokrasi berparlimen yang sepatutnya dipratik secara meluas oleh pembangkang.

Ditanya jika DAP boleh mengambil langkah yang sama di kerajaan Selangor yang diketuai PKR, Johari berkata "ya".

"Ya, ini adalah duluan yang baik bila ia melibatkan kepentingan rakyat. Kami ada suara hati, kamu rasa ini melibatkan masa depan rakyat dan keselamatan mereka, jadi kenapa tidak?" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau yang juga MP Sungai Petani juga mengulangi pendirian PKR yang bersetuju dengan lima wakil rakyat mereka.

Beliau juga berkata parti telah mendengat penjelasan mereka dan berpuas hati dengan alasan yang mendorong mereka berbuat demikian.

"Isu ini dianggap selesai," katanya sambil berharap Lim boleh mempertimbangkan isu itu dianggap selesai.

[Baca berita asal]

Lihat Komen