malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Saya ambil risiko, saya sedia dipancung
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkata beliau sedia ditangkap atau dituduh di mahkamah susulan kenyataannya bahawa pemimpin Umno mengambil rasuah yang dibuat dalam himpunan BERSIH 4 lalu.

“Bila kamu ambil risiko, kamu sedia untuk dipancung,” kata bekas perdana menteri keempat itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan siasatan terhadapnya yang akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada 7 Julai berkata kertas siasatan kes itu berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu daripada tarikh itu.

Keterangan yang diambil bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu 1MDB.

Ditanya sama ada polis akan menahan Dr Mahathir, Noor Rashid berkata ia bergantung kepada keadaan dan hasil siasatan yang dijalankan.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen