malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mukhriz sedia letak jawatan jika rakyat dah tak sokong
Diterbitkan:  Nov 9, 2015 12:20 PM
Dikemaskini: 4:51 AM
ADS

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya akan melepaskan jawatan menteri besar Kedah yang disandangnya sejak 2013 jika rakyat di negeri itu tidak lagi menyokong beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Umno Kedah itu juga berkata bahawa beliau sedia berundur dan menyerahkannya kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat, lapor Sinar Harian hari ini.

"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Mukhriz mengulas mengenai pemilik akaun Edisi Siasat yang menyebut 'Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno'.

Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentaloon kelmarin.

Lapoaran itu juga menyebut beliau berkata saf kepimpinan perlu dirapatkan supaya apa sahaja yang dilakukan di peringkat negeri atau pusat mendapat sokongan semua pihak termasuk ADUN dan anggota parlimen.

Lihat Komen