malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Api ini tak boleh dipadam, kata menteri Indonesia
Diterbitkan:  Oct 22, 2015 4:41 PM
Dikemaskini: 8:50 AM
ADS

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan berkata kebakaran hutan yang terjadi di beberapa wilayah republik itu tidak mungkin dapat dipadamkan menggunakan pesawat udara.

Katanya, selain kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu, fenomena el nino dan tanah gambut yang mudah terbakar menyebabkan kebakaran itu semakin parah, lapor Tempo .

“Yang hanya boleh dilakukan buat masa ini kita halang api tersebut supaya tidak merebak,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Jelasnya lagi badan meteorologi negara itu menjangkakan kemungkinan hujan yang akan turun pada bulan ini sangat sedikit, sekali gus menyukarkan pemadaman api.

Namun katanya, pemadaman hutan akan terus dilakukan dan mempersilakan mana-mana negara menghantar bantuan bagi menangani masalah itu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Indonesia kini menayangkan rancangan berunsur pendidikan di televisyen mereka ketika sekolah terus ditutup.

Justeu, kata Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Anies Baswedan ( gambar ) dilapor berkata, pelajar tidak perlu bimbang ketinggalan pelajaran.

“Ketika jerebu memuncak, pendidikan berada di nombor dua. Pelajar tidak perlu bimbang sekiranya ketinggalan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lihat Komen