malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hamid: Cina disasar untuk alih perhatian isu 1MDB
Diterbitkan:  Oct 4, 2015 3:28 PM
Dikemaskini: 7:32 AM
ADS

Dakwaan terdapat rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanyalah taktik untuk mengalih perhatian daripada isu berkaitan siasatan terhadap 1MDB, dakwa bekas timbalan pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador.

Beliau mendakwa pihak yang mempunyai kuasa kini sanggup melakukan apa saja bagi memastikan penyiasatan terhadap skandal kewangan itu terhenti serta menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelirukan orang ramai.

"Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan siasatan ini terhenti... mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

"Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang Cina nak rampas kuasa.

"Ish, ish, ish, Jahat sungguh taktik 'lencongan' yang digunakan oleh para "perompak" ini. Dari isu pecah amanah jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman," katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat terbukanya kepada kerajaan bertarikh 1 Oktober yang diedarkan kepada media malam tadi.

Abdul Hamid berkata rakyat berhak mengetahui cerita sebenar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik dakwaan melibatkan 1MDB termasuk sama ada ia meminjam daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM4 bilion, tatapi tiada jawapan.

Sebaliknya, katanya lagi, umum diberi tempoh selama enam bulan untuk diselesaikan isu 1MDB, manakala siasatan dipenuhi oleh pelbagai halangan.

Antaranya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap, sementara Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan pasukan khas menyiasat 1MDB dibubarkan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen