malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Setakat jam 6 petang, enam kawasan catat IPU tak sihat
Diterbitkan:  Oct 4, 2015 11:13 AM
Dikemaskini: 12:40 PM
ADS

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada sebelah petang bertambah baik di beberapa kawasan dan tiada lagi yang berada pada paras sangat tidak sihat berbanding enam kawasan pada pukul 1 tengah hari tadi.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, hingga pukul 6 petang tadi, enam kawasan yang mencatatkan IPU sangat tidak sihat iaitu Shah Alam kini berada pada tahap tidak sihat iaitu dengan bacaan 191 diikuti Pelabuhan Kelang (185), Batu Muda (178), Putrajaya dan Petaling Jaya (masing-masing 177), manakala Banting (175).

Sementara itu beberapa kawasan mencatatkan peningkatan IPU, namun masih berada pada tahap tidak sihat iaitu kampung Air Putih di Taiping dengan bacaan 173, Seberang Jaya 2 dan Perai (186 dan 157), Universiti Sains Malaysia (180), Alor Setar dan Langkawi 164 dan 112), Sri Manjung (142) dan Kangar (103).

Sementara itu kawasan yang masih berada pada tahap tidak sihat adalah SK Jalan Pegoh (183), Bakar Arang (159), Nilai (156), Seremban (156), Port Dickson (144), Jerantut (140), Jalan Tasek (156), Kuala Selangor (155) dan Cheras (154).

Sementara itu, turut merekodkan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai yang masing-masing dengan bacaan 131 dan 130, manakala Kemaman (113), Kuala Terengganu (123), dan Muar (115).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-Bernama

Lihat Komen