malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
IGP nafi FBI siasat kes 1MDB, perdana menteri
Diterbitkan:  Oct 4, 2015 10:43 AM
Dikemaskini: 2:45 AM
ADS

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan perdana menteri.

"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," tegasnya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan pihak FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan media semata-mata.

-Bernama

Lihat Komen