malaysiakini logo
story-image
ADS

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu syurga dan neraka terhadap "kumpulan kecil yang hingar bingar" yang didakwanya melakukan kerja-kerja memfitnah.

Berkaitan perkara itu, Zahid berkata kumpulan tersebut, akhirnya akan dihumban ke dalam neraka.

"Tuhan jadikan syurga dan neraka. Kenapa penghuni neraka lebih banyak dari penghuni syurga? Kerana mereka memang menempah diri untuk masuk neraka.

"Orang yang difitnah, terima kasihlah orang yang memfitnah," kata beliau dalam ucapannya dalam satu majlis di Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.

Kumpulan manusia dalam neraka itu, kata Zahid, dipengaruhi syaitan.

"Saya tak mahu mendoakan jahanam orang itu. Tapi kita semua mendoakan agar dibuka hati orang itu.

"Mungkin mereka dipengaruhi syaitan. Kita persilakanlah kalau mereka nak berkawan dengan syaitan," katanya.

Zahid berkata mereka yang telah difitnah, khususnya Kementerian Dalam Negeri, JPN dan dirinya, patut berterima kasih kepada orang yang mengucapkan kata-kata fitnah terhadap mereka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen