malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Shafie: Kembalikan keyakinan rakyat
Diterbitkan:  May 11, 2015 5:40 PM
Dikemaskini: 10:19 AM
ADS

Umno perlu bertindak segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Dalam perutusan sempena ulang tahun Umno ke-69, Mohd Shafie berkata, parti itu tidak sepatutnya dilihat eksklusif dan hanya untuk menguatkan mana-mana individu tertentu.

Sebaliknya, kata Naib Presiden Umno itu, parti berkenaan perlu menjadikan sokongan ahli peringkat akar umbi sebagai dasar kekuatannya.

"Sudah sampai masa dan ketika UMNO diperkasakan sebagai sebuah parti yang memberi perlindungan dan payung kepada bangsa Melayu/Bumiputera, Islam dan negara yang kita cintai ini.

"Ini penting bagi kita supaya parti keramat yang menjangkau usia 69 tahun ini terus mendapat tempat dan sokongan dari akar umbi, khususnya golongan muda yang menjadi pelapis kepada barisan pimpinan pada masa ini," katanya.

Lihat Komen