malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Berhati-hati, tweet IGP pada pembantu MP
Diterbitkan:  May 2, 2015 1:00 AM
Dikemaskini: 7:26 PM
ADS

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan amaran melalui Twitter kepada pembantu seorang ahli Parlimen DAP yang mempersoalkan tangkapan berkaitan dengan perhimpunan anti-GST.

"Berhati-hati membuat tuduhan melampau terhadap polis yang menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan," kata Khalid dalam catatan tweetnya.

Ia ekoran Jay Jay Denis mendakwa polis memulakan satu lagi tindakan untuk menakutkan rakyat Malaysia dengan membuat tangkapan beramai-ramai.

Bagaimanapun, Denis - pembantu penyelidik Ahli Parlimen DAP Charles Santiago - tidak berganjak dengan catatannya itu.

Dalam satu tweet yang berikutnya, Denis menjawab bahawa dia tetap kenyataan awalnya itu.

Denis juga menggesa Khalid supaya jujur tentang sebab-sebab di sebalik tangkapan peserta perhimpunan anti-GST.

Dia bertanya mengapa wujud layanan yang berbeza terhadap protes yang lain.

Khalid kemudian menjawab dengan tweet lain bersama satu imej grafiti yang menunjukkan, api kecil dan bom asap, dan bertanya Denis, "Who is terrorising our street?"

Walaupun Denis tidak menyebut sebarang protes khusus, tetapi dipercayai dia merujuk kepada protes di luar sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kira-kira 50 penduduk menuntut pihak gereja itu menurunkan tanda salib pada bangunannya. Turut hadir ialah pemimpin Umno tempatan.

Walaupun siasatan telah dijalankan, tiada tangkapan dibuat berkaitan dengan kes itu.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen