malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM saman pemimpin DAP isu 1MDB
Diterbitkan:  Mar 6, 2015 1:54 PM
Dikemaskini: 5:59 AM
ADS

Perdana menteri menyaman pemimpin DAP Tony Pua berhubung kenyataannya dalam kontroversi syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Datuk Seri Najib Abdul Razak menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, peguamnya memberitahu Malaysiakini hari ini.

Tindakan saman malu itu dibuat terhadap ucapan Pua, yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, pada November yang menggambarkan Najib sebagai pemimpin korup.

Ucapan Pua di satu majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November itu juga didakwa menunjukkan perdana menteri tidak layak mengetuai pentadbiran negara.

Dalam ucapannya yang disiarkan oleh portal video pro-Pakatan Rakyat, Media Rakyat , Pua antara lain mendakwa "Najib mencipta skandal terbesar dalam sejarah Malaysia".

Turut dinamakan defendan dalam saman tersebut, Chan Chee Kong, empunya portal tesebut.

Ketika dihubungi, peguam perdana menteri Datuk Mohd Hafarizam Harun bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen