malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MAIWP tak dibenar mencelah kes CD 'Allah'
ADS

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mencelah dalam kes Jill Ireland bagi mendapatkan kembali CD miliknya mengenai agama Kristian yang menggunakan kalimah Allah.

Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan MAIWP yang difailkan oleh peguam Hanif Khatri Abdullah.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan peguam pemerhati daripada MAIWP dan mengemukakan kes itu sekiranya diminta oleh mahkamah.

Ini kerana, hanya satu pihak di dalam kes itu yang mempunyai hak untuk membuat penghujahan.

"Tidak ada asas untuk permohonan MAIWP ini," kata Hakim Tengku Maimun yang membuat keputusan menolak permohonan majlis agama Islam itu.

Antara hakim lain dalam kes ini ialah Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

[Baca berita asal] 

Lihat Komen