malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Keluarga MH370 tumbang ketika tunggu menteri
ADS

Seorang anggota keluarga kepada penumpang pesawat MH370 tumbang semalam selepas lama menunggu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Anggota keluarga daripada China itu mahu menemui Liow dan menuntut penjelasan berhubung pesawat yang hilang itu.

Wen Wan Cheng, 65, yang menunggu Liow beberapa jam bermula 9 pagi bersama 17 lagi, mula berasa pening dan tumbang, kata anggota keluarga yang lain Li Hwa.

“Kawan saya ini pesakit kencing manis dan menderita masalah serangan jantung sebelum ini.

“Dia tumbang selepas berlapar dan ekoran cuaca panas,” katanya.

Tambahnya, Wen bertambah baik selepas mengambil ubat.

“Walaupun begitu, dia enggan ke hospital kerana bimbang hilang peluang bertemu menteri itu,” kata Li, 59, yang hilang anak perempuan dalam nahas itu.

Kumpulan itu berikrar untuk “berkempen siang dan malam” sehingga dapat bertemu Liow.

Mereka tiba di Malaysia pada 12 Februari lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen