malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Berhenti kata parti semenanjung menjajah'
ADS

Rakyat Sarawak harus tahu bahawa PKR sebuah parti nasional yang berjuang untuk pelbagai peringkat, termasuk demi kepentingan rakyat negeri itu, tidak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata PKR.

Oleh itu, kata timbalan presidennya Azmin Ali, PKR boleh memperjuangkan banyak isu termasuk 20 peratus royalti minyak Sarawak, mempengaruhi dasar kerajaan dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pelantikan dan perpindahan penjawat awam serta isu-isu agama.

“PBB sebuah parti negeri yang tiada kuasa dalam isu ini,” kata Azmin yang juga menteri besar Selangor.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini memberitahu rakyat Sarawak supaya tidak mengundi PKR, DAP dan PAS yang “berasaskan semenanjung”.

“Kamu patut berhenti gelar kami parti Malaysia barat yang mahu 'jajah' Sarawak.

“Semua ini mengarut,” katanya sewaktu melancarkan pusat perkhidmatan PKR Mambong di Siburan, kira-kira 17 batu daripada Kuching semalam.

Ini lawatan pertama Azmin ke Sarawak sebagai menteri besar.

Beliau dalam rangka lawatan tiga hari ke negeri itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen