malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM minta rakyat doakan Nik Aziz cepat pulih
Diterbitkan:  Jan 29, 2015 6:10 PM
Dikemaskini: 10:14 AM
ADS

Datuk Seri Najib Tun Razak yang menziarahi Datuk Nik Abdul Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian hari ini, meminta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kesihatan mursyidul am PAS itu.

    

Perdana Menteri menerusi laman Twitter beliau hari ini berkata:

    

"Alhamdulillah..baru menziarahi Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian.

    

"Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT semoga beliau cepat pulih," kata beliau.    

    

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

    

Nik Abdul Aziz, yang juga ADUN Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.

    

- Bernama

Lihat Komen