malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
David Beckham tak sabar umur 40 tahun
Diterbitkan:  Jan 29, 2015 2:40 PM
Dikemaskini: 7:58 AM
ADS

Hidup bermula pada umur 40 tahun.

Itulah kata-kata yang sering diungkap oleh setiap lelaki.

Bagi bekas pemain bola sepak Manchester United, David Beckham, beliau sangat teruja akan memasuki umur 40 tahun pada 2 Mei ini dan tidak takut menjadi tua.

Bekas pemain tengah pasukan The Reds Devil dan Real Madrid 'Los Blancos' bagaimanapun enggan mengadakan parti besar-besaran bagi menyambut hari kelahirannya.

"Saya tidak bimbang untuk memasuki 40. Orang sering bertanya 'kamu akan memasuki umur 40, bagaimana perasaan kamu?' Dan saya suka, saya rasa baik. Saya tak sabar menanti saat itu.

"Cuma saya tidak mahu buat parti besar-besar sebab saya tak suka perhatian seperti itu tetapi saya akan makan malam bersama kawan-kawan," katanya seperti dilapor portal hiburan E! Online.

Bekas bintang bola sepak, model dan suami kepada penyanyi Victoria, juga berkata beliau tidak risau dengan Justin Bieber yang kini dikatakan menjadi pesaingnya sebagai model seluar dalam dengan menyifatkan gaya penyanyi remaja itu sebagai "boleh tahan".

"Dia nampak bagus dalam iklan seluar dalam. Dia nampak bagus," katanya.

Lihat Komen