malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Sesak teruk jika buka gerai Jalan Sultan'
ADS

MP Pakatan Rakyat berharap kerajaan akan menyelesaikan dahulu masalah kesesakan lalu lintas yang akan berlaku sekiranya kawasan baru untuk penjaja dibuka di Jalan Sultan.

MP Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata, kesesakan itu antara lainnya akan memberi masalah kepada para pelajar sekolah di sekitar kawasan terbabit.

“Dekat Jalan Sultan ada lima buah sekolah, datuk bandar perlu kaji bahawa pembukaan penjaja jalanan di Jalan Sultan akan menyebabkan kesesakan trafik.

“Bagaimanakah pelajar hendak pergi ke sekolah jika Jalan Sultan sesak dengan gerai? Ini tentunya akan menyebabkan kesusahan,” kata Tan.

Beliau turut mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempertimbangkan kawasan lain selain Jalan Sultan untuk dijadikan kawasan gerai penjaja.

Terdahulu, Tan serta lapan MP Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung cadangan mewujudkan gerai terbabit.

Datuk bandar itu hari ini mengesahkan bahawa DBKL bercadang untuk menyediakan kawasan baru untuk penjaja di Jalan Sultan.

Tambahnya, projek berkenaan masih di peringkat kajian.

Selain itu, DBKL juga akan menaik taraf kawasan jualan barangan lusuh di Lorong Petaling untuk menempatkan sebanyak 115 buah gerai, katanya.

Lihat Komen