malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kenyataan 'bakar Quran': Wartawan Mkini disiasat
Diterbitkan:  Dec 4, 2014 4:49 PM
Dikemaskini: 9:03 AM
ADS

Polis hari ini merakamkan kenyataan pengarang dan wartawan Malaysiakini berhubung laporan polis terhadap bekas timbalan menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Laporan itu berdasarkan laporan Malaysiakini yang memetik pemimpin Wanita Umno itu sebagai mendakwa terdapat orang bukan Islam di Kedah yang membakar al-Quran.

Kenyataan itu dibuat semasa perhimpunan agung Umno minggu lepas.

Pegawai polis daripada Bukit Aman merakamkan kenyataan wartawan Abdul Rahim Sabri dan Penolong Ketua Pengarang RK Anand.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.

Beberapa perwakilan termasuk Mashitah dalam perhimpunan itu menggesa perwakilan Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi 'majoriti senyap' apabila kewibawaan Islam tercabar.

Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Sementara itu, anggota parlimen DAP Teo Nie Ching juga menulis di Facebook bahawa beliau juga disiasat polis ekoran laporan polisnya terhadap Mashitah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen