malaysiakini logo
story-image
ADS

Seorang wakil mahasiswa di Perhimpunan Agung Umno mencadangkan agar kerajaan menyediakan elaun kepada mahasiswa yang menjalani latihan amali.

Rayuan itu dikemukakan Tengku Izwan Fareed Tengku Ismail, pelajar jurusan Pendidikan Matematik dari UiTM sewaktu membahaskan usul agama dan pendidikan.

Menurutnya, elaun itu dapat menyelesaikan masalah penginapan, pengangkutan serta makan minum mahasiswa yang berhadapan cabaran kenaikan kos sara hidup.   

"Sebab itu saya percaya dengan cadangan pemberian elaun kepada pelajar praktikal harus dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan mahasiswa seperti saya dapat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

"Saya mohon agar usul ini disokong seisi dewan," kata finalis Pidato Piala Presiden Umno 2014 itu.

Beliau turut mencadangkan agar kelab Umno seperti yang di universiti luar negara – diwujudkan di universiti tempatan.

"Kami percaya aktiviti kami akan tersusun dan kami akan dapat menyumbang sama. Yang penting lagi kami dapat mengumpul dan menyusun mahasiswa dalam roh dan saf perjuangan yang sama," katanya.

Lihat Komen