malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Perwakilan: Najib hanya janji kaji pemansuhan
ADS

Seorang perwakilan di Perhimpunan Agung Umno 2014 berkata pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 bukan tindakan memungkiri janji.

Wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin mendakwa, Najib sebaliknya hanya berjanji untuk mengkaji penghapusan akta itu jika BN mendapat sokongan dalam pilihan raya umum 2013.

"Datuk Seri presiden tak pernah berjanji Akta Hasutan hendak dihapuskan tetapi sebaliknya minta syarat kalau Umno terus memerintah," katanya sewaktu membahaskan usul agama dan pendidikan.

Menurut Kamal, pihak yang memungkiri janji sebaliknya adalah mereka yang bersikap melampau dengan tidak mengundi BN.

"Siapa yang memungkiri janji? Merekalah yang mungkir janji. Mereka ini siapa?

"Golongan cauvinis, ekstremis kaum, pembangkang Melayu yang bersekongkol dengan pengkhianat," katanya dengan penuh bersemangat.

Ucapan tersebut menjawab kritikan demi kritikan yang timbul selepas Najib mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan Akta Hasutan.

Pengumuman itu berlawanan dengan janjinya pada Julai 2012 dan September tahun ini untuk memansuhkan akta itu.

Lihat Komen