malaysiakini logo
story-image
ADS

Perwakilan Terengganu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu suruhanjaya khas bagi memantau dan memperbaiki kelemahan di sekolah jenis kebangsaan (SJK) dalam kerangka sistem pendidikan di negara ini.

Katanya, ia bagi mengenal pasti sama ada sekolah tersebut benar-benar menghayati agenda dan sistem pendidikan itu kerana dibimbangi boleh menyebabkan hilangnya semangat patriotisme di kalangan mereka.

Beliau memberi dua contoh bagaimana seramai 604 pelatih PLKN dari kaum Cina dan India tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan dan seorang wakil rakyat yang tidak mengetahui tarikh kemerdekaan negara sebelum dibetulkan oleh rakannya.

"Ia amat mengejutkan... Cakap pun tak boleh, apa yang akan terjadi. Apakah sudah hilang toleransi antara bangsa.

"Apakah (sudah) hilang patriotisme sehingga mengabaikan fakta (tarikh kemerdekaan). Apa yang kita boleh jangka, (kepada) rakyat biasa yang ikutnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno di PWTC pagi ini.

Lihat Komen