malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Kenapa persoal, 1MDB hantar imam naik haji'
ADS

Seorang perwakilan tampil menyelar pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mengkritik syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wakil Kelantan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Pakatan juga tidak menghargai sumbangan 1MDB yang didakwanya menghantar lebih 1,000 orang imam untuk menunaikan ibadah haji sejak ia ditubuhkan.

"Ia mampu menghantar 1,000 orang imam masjid dan surau untuk menunaikan ibadah haji.

"Kenapa semua ini tak dipersetujui pembangkang?" tanya Ikmal sewaktu membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno petang ini.

Menurutnya,  Pakatan Rakyat tidak wajar berterusan mengkritik badan "pelaburan strategik" itu kerana ia bukanlah menggunakan wang kerajaan untuk membiayai keseluruhan operasinya.

Dakwa Ikmal, 1MDB hanya menggunakan RM1 juta dari kerajaan sebagai dana sokongan permulaan dan jaminan bon sebanyak RM5.8 bilion dari kerajaan.

"Adilkah syarikat seperti ini didesak dan ditekan seolah-olah mereka menggunakan wang kerajaan semata-mata," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM20 bilion.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan kerahsiaan operasi 1MDB yang dakwanya turut mempunyai operasi di pusat bebas cukai Kepulauan Cayman.

Lihat Komen